Waktu afdal lakukan solat sunat

Posted: 23 April 2010 in Persoalan Agama
Tags: , ,

Persoalan agama bersama Jakim

BILAKAH solat sunat sebelum atau selepas solat wajib lima waktu boleh dilakukan?

Irwansyah Radzi,

Meru, Selangor.

Antara solat sebelum dan selepas solat fardu lima waktu ialah:

Solat sunat yang dilakukan sebelum dan selepas solat Zuhur, sekurang-kurang dua rakaat dan sebanyak-banyaknya empat rakaat. Dari Ummi Habibah r.a: “Sesiapa yang memelihara sembahyang empat rakaat sebelum sembahyang Zuhur, dan empat rakaat sesudahnya dia diharamkan Allah daripada neraka.” – (Abi Daud dan at-Tirmizi)

Solat sunat sebelum solat Asar. Dari Ali bin Abi Talib, “Nabi SAW sembahyang sebelum Asar empat rakaat yang dibatasi antara rakaatnya dengan satu ucapan salam atas malaikat muqarrabin dan yang mengikuti mereka iaitu kaum Muslimin dan Mukmin.” – (at-Tirmizi)

Solat dua rakaat sunat selepas solat Maghrib. Tetapi apabila sahabat melakukan solat sunat sebelum Maghrib, Nabi Muhammad SAW tidak melarangnya.

Solat sunat sebelum solat Isyak dan selepas Isyak.

Solat sunat dua rakaat sebelum solat Subuh dan tidak boleh sembahyang sunat itu dikerjakan sesudah sembahyang Subuh. Dari Aisyah r.a. dari Nabi SAW berkata ia: “Dua rakaat Fajar itu lebih baik dari dunia dan segala yang ada di dalamnya.” – (Diriwayatkan oleh Muslim)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s