Anak boleh tunai haji untuk arwah ibu bapa

Posted: 17 May 2010 in Persoalan Agama
Tags: , , ,

Oleh: Ustaz Zahazan Mohamed

RAMAI jemaah kita yang sudah kembali dari Tanah Suci ketika ini. Rasa gembira pasti dirasai, terutama mereka yang menyambut ibu bapa masing-masing. Malangnya, ibu bapa saya sudah meninggal dunia dan arwah belum menunaikan haji. Bolehkah saya menggantikan haji mereka.

ALLAH SWT berfirman mengenai kewajipan haji iaitu: “Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah.”

Allah SWT menutup ayat itu dengan firman-Nya: “Bertakwalah kamu kepada Allah, dan ketahuilah bahawa Allah amat berat seksaan-Nya (terhadap orang yang melanggar perintah-Nya).- (Surah al-Baqarah 2:196)

Ayat itu adalah perintah yang wajib dilaksanakan bagi mereka yang cukup syarat. Secara dasarnya, haji ialah ibadat badaniyah yang harus dikerjakan sendiri.

Namun, jika seseorang tidak dapat mengerjakan sendiri, anaknya dapat menunaikan sesudahnya. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya anakmu termasuk usahamu.” (Riwayat Abu Daud).

Menurut Dr Yusuf al-Qardhawi, anak ialah sebahagian daripadanya dan sebahagian amalannya. Selain itu, anak dianggap pewaris selepas seseorang meninggal dunia.

Seperti yang disebut hadis riwayat Bukhari dan Muslim iaitu: “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak salih yang mendoakannya”.

Maka anak salih adalah penyambung kehidupan orang tuanya. Oleh itu, anak boleh mengerjakan haji bagi pihak kedua orang tuanya. Kalau mereka tidak boleh melaksanakan sendiri, boleh mewakilkannya kepada orang lain.

Seorang wanita bertanya Nabi SAW , apakah dia boleh melakukan haji ibunya yang bernazar sebelum meninggal dunia.

Baginda SAW menjawab: “Hajikanlah dia! Bagaimana pandanganmu sekiranya ia mempunyai hutang, apakah engkau boleh melunaskan hutangnya?”

Wanita itu menjawab: “Ya.” Baginda bersabda: “Maka tunaikanlah kerana hutang kepada Allah itu lebih berhak untuk dilunas”.

Dalam riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Maka hutang kepada Allah itu lebih berhak dilunas.”

Apabila anak boleh melunasi hutang orang tuanya dalam urusan harta benda, begitulah pula dalam urusan ruhiyah dan ibadat.

Apabila anak yang akan mewakilkan kepada orang lain untuk mengerjakan haji orang tuanya menggunakan wangnya sendiri, maka perkara itu bergantung kepada kemampuan kewangannya.

Namun, perlu diingat bagi orang yang mahu melakukan haji orang lain, disyaratkan dirinya sudah menunaikan haji.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s