Elak berpecah-belah bertelingkah isu kecil

Posted: 17 August 2010 in Persoalan Agama
Tags: , ,

Oleh: Ustaz Zahazan Mohamed

SAYA ingin bertanya mengenai isu rakaat Tarawih yang sering diperkatakan apabila tibanya Ramadan. Mengikut apa yang saya fahami, bilangan rakaat Tarawih sebanyak 11 rakaat adalah sunnah. Tetapi mengapa imam Masjid Nabawi dan Masjidilharam melakukan 20 rakaat? Kenapa mereka berbeza dengan sunnah?

Amat malang bagi umat Islam sekiranya isu ini mengakibatkan perpecahan, perbalahan dan fitnah di kalangan umat Islam.

Kita tidak sepatutnya bersikap melampau atau jahil. Sesetengah umat Islam bersikap melampau dalam mengikut bilangan yang disebutkan oleh sunnah dan mengatakan tidak boleh melebihi angka itu. Mereka secara agresif mengutuk kumpulan yang melakukan lebih dari bilangan itu dengan mengatakan orang itu berdosa.

Ini satu sikap yang salah. Bagaimana ia boleh jadi berdosa sedangkan Rasulullah SAW ketika ditanya mengenai solat malam, Baginda berkata ia dilakukan dua rakaat dan Baginda tidak menyebut bilangan tertentu. Oleh itu, Baginda hanya memberitahu cara melakukan solat, tetapi tidak bilangan rakaat.

Apa yang boleh dikatakan dan difahami, sesungguhnya perkara ini luas perbahasannya. Jika mampu, seseorang boleh melakukan 100 rakaat kemudian melakukan solat witir satu rakaat. Berhubung dengan sabda Baginda SAW: “Solatlah kamu sebagai mana kamu melihat aku solat,” ini juga tidaklah bermaksud untuk menetapkan bilangan.

Apa yang dimaksudkan di sini ialah mengerjakan solat mengikut cara Baginda mengerjakannya, bukan mengikut bilangan rakaat tertentu. Kecuali jika ada hadis yang secara jelas menyatakan bilangan rakaat itu.

Apabila imam sebuah masjid melakukan lapan rakaat, maka hendaklah kita mengikutinya. Begitu juga sekiranya dilakukan 20 rakaat, maka hendaklah juga kita mengikutinya supaya kita tidak terlepas ganjaran besar yang dijanjikan.

Bukankah Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis riwayat al-Tirmizi menyebut: “Sesiapa berdiri bersama imam sehingga tamat (selesai solat) ganjaran Qiamulail akan dicatat untuknya.”

Ibnu Qudamah menyebut dalam al-Mughni iaitu: “Pandangan yang disenangi oleh Abu Abdullah (Imam Ahmad) ialah 20 rakaat. Ini juga adalah pandangan al-Thauri, Abu Hanifah dan Syafie. Imam Malik berkata, bilangan rakaatnya 36.

rakaat dan janganlah bertanya betapa khusyuk dan panjangnya solat-solat itu. Kemudian Baginda akan menunaikan tiga rakaat. Aku bertanya, Ya Rasulullah, adakah engkau tidur sebelum witir? Baginda menjawab, Wahai Aisyah, mataku tidur, tetapi hatiku tidak.”

Merujuk pandangan empat imam mengenai bilangan rakaat Tarawih, semua berpendapat bilangan lebih daripada 11 rakaat. Alasannya, mereka menganggap hadis itu bukan menentukan bilangan rakaat solat malam. Kalangan ulama pula berpendapat, jika imam mengerjakan solat panjang dengan bilangan rakaat sedikit, mungkin mendatangkan perasaan tidak suka terhadap amalan itu. Jadi, kalangan imam hendak menjadikan solat lebih pendek dan bilangan rakaatnya bertambah.

Imam Suyuti mengatakan tidak ada dalil menunjukkan solat Tarawih 20 rakaat. Baginda mengerjakan tanpa menetapkan bilangan khusus.

Justeru, janganlah terkejut jika ada yang melakukan solat Tarawih sehingga 20 rakaat. Kalangan ulama dari generasi ke generasi sudah melakukannya dan semua pendapat ini adalah baik. Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s