Ganjaran pahala, adab mengunjungi masjid pada Jumaat

Posted: 6 May 2011 in Persoalan Agama
Tags: , , ,

Oleh: Ustaz Zahazan Mohamed

KITA sudah maklum Jumaat adalah penghulu segala hari. Saya ingin tahu apa yang patut dilakukan oleh seorang Muslim pada Jumaat untuk memperoleh ganjaran pahala.

MENURUT al Imam Hujjatul Islam, al-Ghazali, dalam Bidayatul Hidayah bahawa Jumaat adalah hari raya bagi orang Islam. Iaitu hari mulia yang sudah dikhususkan Allah SWT kepada umat Muhammad SAW. Malah, pada hari itu ada satu saat yang mustajab doa.

Apabila anda berada pada Jumaat, hendaklah mandi kerana mandi Jumaat itu hukumnya sunat Muakkad terhadap setiap orang yang diwajibkan padanya solat Jumaat. Bersungguh-sungguhlah kamu menyucikan badanmu dengan mencukur bulu ari-ari dan mengandam misai, memotong kuku, bersugi dan lain-lain. Kemudian pakailah pakaian putih kerana ia lebih disukai di sisi Allah dan pakailah minyak wangi terbaik yang dimiliki.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid dan berjalanlah perlahan-lahan dengan penuh ketenangan. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda dalam suatu hadis yang bermaksud: “Siapa yang pergi (ke masjid pada Jumaat) pada jam yang pertama, maka seakan-akan ia berkorban seekor unta. Dan siapa yang pergi pada jam kedua, maka seakan-akan ia berkorban seekor lembu. Dan siapa yang pergi pada jam ketiga, maka seakan-akan ia berkorban seekor kibas. Dan siapa yang pergi pada jam keempat, seakan-akan ia berkorban seekor ayam. Dan siapa yang pergi pada jam kelima, seakan-akan ia berkorban sebiji telur. Dan apabila Imam sudah keluar (naik ke atas mimbar), maka dilipatlah buku catatan dan diangkat segala pena dan malaikat (yang bertugas sebagai pencatat) pergi duduk di tepi mimbar untuk mendengar khutbah.”

Ada riwayat lain mengatakan bahawa kadar hampir seorang hamba ketika melihat Allah (pada hari Kiamat kelak) adalah berdasarkan kepada kadar segeranya orang itu pergi ke masjid.

Apabila anda masuk ke dalam masjid, maka carilah saf yang pertama, tetapi sekiranya orang sudah ramai dan memenuhi saf berkenaan, maka janganlah anda melangkahi bahu mereka dan janganlah anda lalu di hadapan orang yang sedang menunaikan solat. Pilihlah tempat duduk berdekatan dengan dinding atau tiang sehingga orang tidak melintasi depanmu. Janganlah duduk (dalam masjid) kecuali anda sudah menunaikan solat sunat Tahiyyatul Masjid. Janganlah anda meninggalkan solat sunat tahiyyatul masjid walaupun imam sedang membaca khutbah. Begitulah antara adab yang diterangkan oleh Imam Ghazali dalam kitab beliau, iaitu Bidayatul Hidayah. Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s