Kaedah menyuci najis mutawassitah

Posted: 9 May 2011 in Persoalan Agama
Tags: , ,

Oleh: Ustaz Zahazan Mohamed

ASSALAMUALAIKUM, ustaz. Saya ingin bertanya mengenai najis mutawassitah. Saya ingin meminta panduan dan pandangan ustaz cara terbaik untuk menyucikan kencing anak pada kusyen kereta mengikut hukum syarak.

Kebersihan amat dititik beratkan dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada iman merangkumi kebersihan diri, pakaian dan tempat tinggal.

Dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Bersuci itu sebahagian daripada iman.” Begitu juga hadis diriwayatkan Imam at-Tirmizi menyebut: “Sesungguhnya Allah mencintai kebaikan, bersih mencintai kebersihan, mulia dan mencintai kemuliaan, dermawan dan mencintai sikap dermawan.”

Mengenai persoalan najis, ia terbahagi kepada tiga. Pertama, najis mukhaffafah iaitu najis ringan, kedua najis mughalazah iaitu najis berat dan ketiga, najis mutawassitah iaitu najis pertengahan. Menurut Buku Indahnya Hidup Bersyariat, karya Datuk Ismail Kamus, antara contoh najis mutawassitah adalah darah, nanah, muntah, tahi, air kencing, air wadi, air mazi dan seumpamanya.

Cara menyucikan najis mutawassitah hendaklah dicuci dengan air mutlak dengan menghilangkan tiga perkara iaitu ainnya (zat atau warna), baunya dan rasanya. Ketiga-tiga ini hendaklah dihilangkan dengan bersungguh-sungguh tetapi sekiranya diusahakan tetapi tidak hilang, maka tidaklah diwajibkan meneruskannya lagi kerana Allah SWT tidak memberatkan seseorang melainkan sekadar yang termampu olehnya.

Persoalannya sekarang, adalah air kencing kanak-kanak yang terkena pada kusyen kereta. Kanak-kanak di sini, adalah selain daripada kanak-kanak kategori lelaki yang berumur kurang dua tahun yang hanya meminum susu ibu.

Sekiranya kusyen kereta yang terkena najis itu bersifat kulit atau plastik, mungkin perkara itu mudah untuk dibersihkan. Namun sekiranya kusyen yang dimaksudkan ini, kusyen yang menyerap air kencing itu, ia mungkin agak sukar. Selain untuk menghilangkan najis itu, sudah tentu perlu juga menjaga agar tidak merosakkan kusyen.

Jika ada alat yang boleh menyedut najis mutawassitah itu bagi menghilangkannya, maka gunakanlah. Tetapi sekiranya tidak ada, maka dicadangkan untuk saudara mengambil beberapa helai kain kering yang menyerap dan lapkan pada permukaan itu. Selepas menggunakan satu kain, tukar kain yang lain dan lakukannya lagi sehingga air najis itu dapat dihilangkan sedaya mungkin. Kemudian, ambil air sekadar secawan, dan curahkan pada tempat terkena air kencing itu dan lapkannya lagi.

Dengan ini, ia dapat menghindari daripada merosakkan kusyen berkenaan. Lakukanlah sedaya yang termampu kerana Allah SWT tidak membebankan hamba-Nya melainkan sekadar apa yang termampu olehnya. Allah SWT berfirman pada ayat 286 surah al-Baqarah yang bermaksud: “Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s