Puasa sunat Syaaban digalak ikut kemampuan

Posted: 19 July 2012 in Persoalan Agama
Tags: , , , , ,

Oleh: Ustaz Zahazan Mohamed

RAKAN saya menyatakan kita digalak berpuasa pada awal, pertengahan dan akhir Syaaban. Apakah ini benar.

DALAM hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Aisyah menjelaskan: “Tidak pernah Rasulullah SAW berpuasa dalam satu bulan lebih banyak daripada puasanya ketika Syaaban, ada kalanya sebulan penuh dan ada kalanya hampir penuh melainkan beberapa hari yang Baginda tidak berpuasa padanya.”

Hadis ini ternyata memberikan keterangan yang tidak dapat disangkal mengenai keutamaan puasa pada Syaaban.

Namun, bagi yang kurang berkemampuan panduan yang dijelaskan dalam hadis lain mungkin boleh memberikan idea kadar paling sedikit yang boleh dilakukan untuk mendapat kemuliaan Syaaban. Ia turut berpandukan hadis sahih lain contohnya:

l Abu Hurairah berkata: “Junjunganku SAW pernah berpesan kepadaku supaya puasa tiga hari sebulan, solat dua rakaat dhuha dan solat witir sebelum tidur.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Abu Zarr berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Jika kau berpuasa tiga hari sebulan, puasalah pada 13, 14 dan 15 bulan berkenaan.” (Riwayat al-Tirmizi).

Dalam hadis yang mengandungi penjelasan sama mengenai 13, 14 dan 15 ini, Qatadah Miljan menamakan hari berkenaan sebagai hari putih ( Ayyam al-Bid).

Ibn Abbas menyatakan: “Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan puasa pada hari putih sama ada ketika Baginda tinggal tetap atau bermusafir.” (Riwayat al-Nasaeiy).

Abu Hurairah berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Amalan diperiksa setiap Isnin dan Khamis, maka saya suka diperiksa amalku dalam keadaan sedang berpuasa.” (Riwayat al-Tirmizi).

Dalam hadis yang menerangkan kaifiat puasa bagi sahabat yang inginkan lebih ganjaran kerana kemampuannya, al-Bukhari meriwayatkan hadis daripada Abdullah Amru yang berkata: “Saya sentiasa berpuasa pada siang dan berqiamulail sepanjang malam wahai Nabi SAW selama hayat saya.

“Nabi memberitahu saya, kau tidak akan mampu melakukannya! Hendaklah engkau berpuasa dan berbuka. Qiyam dan berehat, memadailah bagimu berpuasa tiga hari sebulan. Sesungguhnya kebaikan di sisi Allah SWT diganda 10 kali dan dengan cara itu sudah dikira puasa setahun.

“Saya menjawab, mampu melakukan lebih daripada itu wahai Nabi! Jawab Nabi, berpuasa sehari dan berbuka dua hari.

“Saya menjawab, mampu lebih daripada itu! Nabi SAW berkata, berpuasalah olehmu sehari dan berbukalah sehari, maka itulah puasa Daud AS dan itulah keutamaan jenis puasa.”

Ada variasi membabitkan amalan dan perintah Baginda SAW dalam berpuasa sunat sebulan seperti digambarkan hadis sahih di atas, sampai kepada kita secara mutawatir memberikan anjuran pelaksanaan bagi meraikan manusia yang mempunyai pelbagai tahap dan batasan kemampuan.

Bagi umat Islam yang mampu memperbanyakkan puasa pada Syaaban bakal mendapat pahala amat besar. Bagi golongan bekerja berat atau wanita yang tidak mahu terlepas peluang, boleh memilih puasa Isnin dengan Khamis atau tiga hari sebulan atau pertengahan bulan Islam yang dikenali sebagai hari putih.

Kepada mereka yang melakukan kerja berat dan ibu menyusukan anak atau golongan tidak berupaya berpuasa kerana bermusafir, peluang mendapat pahala puasa ini masih terbuka iaitu dengan menaja atau menyediakan jamuan berbuka.

Hal ini jelas disebut dalam hadis sahih seperti hadis diriwayatkan Imam al-Tirmizi, bermaksud: “Nabi SAW bersabda, sesiapa yang memberi makanan untuk membolehkan seseorang berpuasa berbuka dengannya, maka dia memperoleh pahala orang yang berbuka dengan tidak mengurangkan pahala orang itu sedikit pun.”

Semoga Allah SWT merahmati Imam Nawawi ulama murabbi yang unggul itu, apabila menyusun kitabnya Riyadhus salihin, beliau meletakkan bab itu berangkaian antara satu dengan lain supaya pembaca berupaya melihat keluasan spektrum laluan menjadi insan mulia bahkan lebih daripada itu, darjat kesalihan.

kita sukar beramal kerana masalah kewangan atau kesihatan, sentiasalah melihat kepada kepelbagaian wadah penerimaan di sisi-Nya.

Comments
  1. jalani says:

    Ana cari info ni dah lama…terima kasih ustaz no

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s