Solat sunat witir tak lebih 11 rakaat

Posted: 24 July 2012 in Persoalan Agama
Tags: , , , ,

Oleh: Ustaz Zahazan Mohamed

SAYA mohon kepastian bolehkah solat sunat witir dibuat satu rakaat dan berapakah rakaat paling banyak solat witir? Bilakah waktu sebaiknya solat witir, bolehkah dibuat sebelum tidur.

 

SOLAT sunat witir adalah solat yang lebih utama berbanding solat sunat lain seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Allah sudah menganugerahkan kamu suatu solat yang lebih baik bagi kamu dan menyedekahkan beberapa unta yang baik iaitu solat witir.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Sekurang-kurangnya jumlah rakaat solat witir satu rakaat dan sebanyak-banyaknya 11 rakaat, manakala antara satu dan 11 rakaat itulah yang pertengahan. Solat witir dilakukan dalam rakaat ganjil, tiga, lima, tujuh atau sembilan.

Jika solat witir dilakukan genap umpamanya empat atau lapan rakaat tidak dianggap solat witir tetapi berubah menjadi solat sunat lain dan tidak mendapat pahala solat witir, hanya pahala solat sunat lain.

Inilah yang dinaskan Syeikhul Islam dalam kitab Syarah Raudah, Syeikh Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Jawad yang berbeza dengan ditulis Syeikh Ibnu Hajar dalam kitab Tuhfah mengatakan diberi pahala sama dengan solat witir seperti orang menggabungkan solat sunat witir dengan solat sunat Tarawih. Dinamakan witir kerana jumlah rakaatnya 11.

Imam an-Nawawi dalam kitabnya Majmu’ berkata, sekurang-kurang jumlah rakaat solat witir paling baik adalah tiga dan sesudah itu lima, tujuh dan sembilan rakaat. Jika solat witir dilakukan lebih 11 rakaat, tidaklah sah solat witir.

Nabi SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang ingin mengerjakan witir dengan lima rakaat, maka perbuatlah. Sesiapa yang ingin mengerjakan tiga rakaat, maka perbuatlah dan sesiapa yang ingin mengerjakan satu rakaat, maka perbuatlah.” (Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan an-Nasa’i daripada Abu Ayyub)

Waktu mengerjakan solat witir antara waktu Isyak hingga terbitnya fajar shadiq. Jika dilakukan sebelum waktu Isyak, berubahlah menjadi solat sunat mutlak. Solat sunat witir dilakukan sesudah melaksanakan solat malam.

Melambatkan solat witir sehingga akhir malam lebih baik jika sudah terbiasa bangun malam. Diriwayatkan al-Bukhari: “Jadikanlah akhir solat kamu pada waktu malam adalah solat witir.”

Jika belum terbiasa bangun tengah malam, maka solat witir boleh dilakukan pada awal malam seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang takut tidak terbangun pada tengah malam, maka hendaklah dikerjakan witir pada awal malam. Sesiapa yang ingin bangun pada pertengahan malam, maka hendaklah dikerjakan witir pada akhir malam.” (Hadis riwayat Muslim)

Solat witir tiga rakaat, sunat dibaca sesudah surah al-Fatihah pada rakaat pertama iaitu surah al-A’la dan rakaat kedua surah al-Kafirun. Pada rakaat ketiga sesudah al-Fatihah iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas. Inilah diriwayatkan Rasulullah SAW menurut Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam kitab Sabilal Muhtadin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s