Rambut termasuk aurat wanita wajib ditutup

Posted: 26 July 2012 in Persoalan Agama
Tags: , , , ,

Oleh: Ustaz Zahazan Mohamed

ADAKAH orang kaya yang bersyukur lebih baik daripada orang fakir yang sabar atau sebaliknya? Mengenai masalah aurat wanita, saya pernah berdebat dengan rakan kerana dia mengatakan rambut perempuan bukan aurat dan membukanya tidak haram. Apa pandangan ustaz.

YANG rajin (kuat) menurut syariat dan fekah ialah orang kaya yang bersyukur dan melaksanakan hak Allah SWT pada hartanya dan tidak mengehadkan diri berinfak (bersedekah atau berbelanja) pada jalan Allah SWT. Ini bermakna, golongan ini dianggap lebih baik daripada fakir yang sabar atas keadaannya.

Di dunia ini, tidak ramai orang kaya yang bersyukur, namun bakal mendapat pengecualian seksaan menerusi sabda Nabi Muhammad SAW seperti diriwayatkan Imam Tirmizi bermaksud: “Sesungguhnya pedagang akan dibangkitkan pada hari kiamat sebagai orang derhaka kecuali mereka yang bertakwa kepada Allah, berbuat baik dan jujur.”

Untuk soalan berkaitan aurat wanita, sesungguhnya fitnah dan serangan paling besar menimpa dunia Islam ialah mengubah hukum yang diyakini sehingga menjadi polemik dan menimbulkan keraguan atau kesalahan (khilaf) yang mesti ditinjau dan dikaji kembali.

Ulama Islam sama ada ulama fekah, hadis, tasawuf, ulama zahiriah dan lain-lain di semua negara dan zaman sepakat menyatakan rambut perempuan ialah perhiasan wajib ditutup dan tidak boleh dibuka di hadapan orang ajnabi (bukan muhrim).

Kesepakatan ini dengan merujuk Surah an-Nur ayat 31 bermaksud: “Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada.”

Dalam ayat itu, Allah SWT melarang perempuan mukminah memperlihatkan perhiasannya kecuali yang zahir saja. Tada ulama salaf serta khalaf mengatakan rambut wanita adalah aurat yang termasuk dalam ayat itu.

Ini adalah pandangan semua ulama. Dalam hadis diriwayatkan Abu Daud: “Daripada Aisyah bahawa Asma’ Abu Bakar datang ke rumah Rasulullah SAW memakai kain nipis lalu Rasulullah SAW berpaling seraya bersabda bermaksud: “Hai Asma’, jika wanita sudah baligh, dia tidak boleh menampakkan tubuhnya kecuali ini.” Rasulullah SAW mengisyaratkan muka dan telapak tangannya.

Agar lebih selamat daripada kejahatan manusia, wanita tidak perlu memperlihatkan perhiasannya kecuali yang zahir saja (yang biasa nampak) iaitu muka dan dua telapak tangannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s