Jumlah syurga banyak, setiap punyai darjat

Posted: 22 April 2013 in Persoalan Agama
Tags: , , , ,

Oleh: Ustaz Zahazan Mohamed

Baru-baru ini saya mendengar kuliah agama di surau dan penceramah bercerita kisah menarik mengenai syurga. Saya tidak sempat bertanya penceramah adakah syurga itu banyak atau syurga satu tetapi banyak sifat. Mohon penjelasan.

Anggapan banyak orang, syurga itu hanya satu dan sangat luas. Padahal syurga itu sangat banyak jumlahnya. Imam Suyuti menjelaskan bahawa di setiap syurga terdapat tingkatan (darjat), bilik-bilik dan pintu-pintu. Ulama memang berbeza pendapat mengenai jumlah syurga ini. Menurut Ibnu Abbas, syurga ada tujuh iaitu Darul Khuldi, Darus Salam, Jannatul ‘Adn, Jannatul Ma’wa, Jannatul Khuldi, Jannatul Firdaus dan Janntul Na’im.

Namun menurut al-Qurtubi, nama-nama itu hanyalah sifat syurga dan bukanlah untuk membezakan satu syurga dengan lainnya. Adapun jumlah syurga berdasarkan hadis diriwayatkan Abu Musa al-Asy’ari, ada empat. Rasulullah SAW bersabda: “Dua syurga yang bejana, perhiasan dan seluruh yang ada di dalamnya dibuat daripada emas. Dan dua syurga lagi yang bejana, perhiasan dan segala yang ada di dalamnya dibuat daripada perak. Dan tidak ada yang dilihat suatu kaum ketika melihat Rabnya selain selendang kebesaran pada wajah-Nya di dalam Syurga ‘Adn.” (Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Ibn Majah)

Mendekati diri kepada Allah

Menurut Ibnu Qayyim, hadis itu menerangkan bahawa syurga ada dua macam. Dua syurga daripada emas dan dua syurga daripada perak. Dan seperti dikatakan Allah dalam firman-Nya, “Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Rabbnya ada dua syurga.” (Surah ar-Rahman ayat 46).

Semua syurga itu dipersiapkan untuk orang yang selalu takut dengan saat-saat menghadap Rabnya. Mereka yang takut dengan saat-saat pertemuan dengan-Nya itu terbahagi kepada dua golongan. Muqarrabun (orang yang selalu mendekatkan diri kepada Allah) dan Ashabul Yamin (golongan kanan). Kerana itu, Allah menyediakan empat macam syurga dan (menurut pendapat yang kuat) setiap kelompok mendapatkan dua macam syurga.

Sementara itu Ibnu Qayyim berpendapat bahawa jumlah syurga tidak hanya empat tetapi sangat banyak berdasarkan hadis riwayat Ummu Haritsah binti Suraqah, katanya: “Suatu ketika ia mendatangi Rasulullah SAW dan bertanya kepadanya mengenai nasib anaknya yang mati syahid pada perang Badar. Dia bertanya: Wahai Rasulullah, engkau tentu lebih tahu kedudukan Haritsah daripada diriku. Apabila ia masuk syurga, aku akan bersabar dan bahagia. Tetapi jika tidak di syurga, apa yang harus aku perbuat? Baginda menjawab: Sungguh aneh engkau ini, apakah syurga itu hanya satu. Ketahuilah syurga itu banyak dan ia berada di syurga Firdaus.” Dalam riwayat lain disebutkan: “Sesungguhnya ia berada di syurga Firdaus yang tinggi.” (Riwayat al-Bukhari)

Merujuk pada riwayat itu, dapat dilihat bahawa kata ‘syurga’ hanya ungkapan untuk menunjukkan syurga yang jumlahnya sangat banyak seperti disebutkan dalam firman Allah dalam surah al-Qamar: “Sesungguhnya orang yang bertakwa dalam syurga-syurga dan sungai-sungai.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s