Mazhab as-Syafi’i garis 5 rukun khutbah

Posted: 4 December 2015 in Info

Oleh: Ust Zahazan Mohamed

Baru-baru ini saya menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid dan saya mendapati khatib yang menyampaikan khutbah tidak fasih membaca ayat al-Quran begitu juga ketika mengimamkan solat Jumaat. Apakah hukum bermakmum dengan imam yang tidak fasih membaca al-Quran.

! Ulama mengemukakan syarat bagi sah khutbah Jumaat dan mereka ada yang menetapkan syarat yang longgar. Imam Ahmad bin Hambal menyatakan khutbah Jumaat dianggap sah meskipun khatib hanya mengucapkan kalimah `Subhanallah’, `Alhamdulillah’ atau kalimah zikir lain.

Hujahnya, dalam konteks solat Jumaat, ditafsirkan sebagai bersegera ke masjid untuk mendengar khutbah melalui firman Allah SWT hanya memerintahkan: “Bersegeralah menuju zikir kepada Allah.” (Surah al-Jumuah, ayat 9)

Dikatakan sewaktu memegang tampuk kekuasaan, di awal solat Jumaat, Khalifah Usman bin Affan berkhutbah dengan mengucapkan kalimah `Alhamdulillah’. Kemudian beliau turun dari mimbar dan melaksanakan solat Jumaat.

Pandangan ini ditolak, bahkan ada ulama bermazhab Abu Hanifah mensyaratkan adanya ucapan zikir yang tidak terlalu pendek sehingga layak disebut khutbah. Jika dilihat dari keempat mazhab, mazhab as-Syafi’i paling ketat dan terperinci dalam menetapkan rukun khutbah.

Membaca ayat al-Quran

Khutbah mesti memenuhi lima rukun iaitu mengucapkan `Alhamdulillah‘ (pujian kepada Allah), berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, berwasiat untuk bertakwa. Ketiga perkara ini wajib dalam khutbah pertama dan kedua.

Kemudian dalam salah satu daripada dua khutbah itu, khatib hendaklah membaca ayat al-Quran yang sempurna maknanya dan berdoa untuk orang Mukmin, lelaki dan perempuan berhubung persoalan ukhrawi.

Jika saudara membenarkan pandangan Imam Abu Hanifah, khutbah Jumaat tetap dinilai sah walaupun khatib salah atau tersendat-sendat dalam membaca ayat al-Quran. Sebab bacaan ayat bagi imam bukanlah rukun khutbah.

Tetapi jika saudara menilai pendapat Imam as-Syafi’i lebih tepat atau lebih benar, maka tentu saja khutbah yang disampaikan oleh khatib yang salah bacaan ayat al-Quran menjadi tidak sah. Dengan demikian ucapan Jumaat dinilai tidak memenuhi syarat.

Dari sudut lain, perlu diketahui ulama sepakat menyatakan bacaan ayat al-Quran dari seorang imam yang memimpin solat, hendaklah baik dan benar. Jika bacaannya keliru, khususnya surah al-Fatihah, maka solat yang dipimpinnya menjadi tidak sah.

Dalam perkara ini, makmum hendaklah mengulangi solat Jumaatnya atau melakukan solat Zuhur sebagai mengganti solat Jumaat yang tidak sah itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s